Mayat seorang wanita
di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika
kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun
dikebumikan di situ. Makam itu digali semula bersama 16 makam lain dalam
rangka perluasan
masjid.
Jasad yang utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung
Penambang, Kecamatan Semanding, Kabupaten Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang
dilahirkan pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di area
pemakaman di Desa Bejagung
Menurut ahli keluarganya,
semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yang sabar dan rajin
beribadah. Dia juga menyayangi anak
yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu
anak yatim dan tetangga di kampungnya.