Ketika dunia tertumpu kepada pergolakan di Mesir,
Syria pula digegarkan dengan kejadian pembunuhan 'senyap'
besar-besaran dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan pimpinan
Presiden Bashar al-Assad, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya
1,300 kematian. Ia merupakan insiden terburuk dalam sejarah kemanusiaan berhubung penggunaan
senjata kimia dalam perang saudara yang telah berlanjutan selama dua
tahun di Syria.
Lebih menyedihkan, serangan dipercayai menggunakan gas saraf itu
dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri
daripada wanita, kanak-kanak dan bayi tidak berdosa.
Menurut kumpulan aktivis, pasukan tentera Syria melancarkan roket
yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar
termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.
Rangkaian berita
Shaam News Network, turut memaparkan
gambar-gambar mayat mangsa termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi yang
ditempatkan di atas lantai bilik di sebuah hospital di Douma.
Keadaan semua mayat mangsa yang seolah-olah sedang nyenyak tidur
tanpa titisan darah, menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka maut akibat
terhidu bahan kimia.
Read more:
http://billyinfo.blogspot.com/2013/08/gambar-mangsa-serangan-gas-beracun-oleh.html#ixzz2d5pZjimI